Monday 3 March 2014

Punca Sebenar Nabila Huda dan Nur Fathia bergaduh

Punca Sebenar Nabila Huda dan Nur Fathia bergaduh | Umum mengetahui, Fathia bertikam lidah dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab sewaktu mereka menjalani penggambaran Ariana Rose di London. Semuanya gara-gara keengganan Fathia untuk melakukan promo episod akhir Ariana Rose. Pergaduhan tersebut mendapat perhatian media sehingga Fathia menjadi mangsa kritikan peminat di laman sosial. Meskipun sudah memberikan penjelasan bagaimana dia boleh berbalah dengan Jalena Rejab namun masih ada kalangan artis yang dilihat kurang senang dengan tindakan Fathia.




Salah seorang artis tersebut ialah Nabila Huda. Menerusi akaun Instagram, pelakon seksi itu memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan laporan penjelasan Fathia dan Jalena berhubung kontroversi di London. Kontroversi tersebut adalah punca Nabila tidak berpuas hati dengan Fathia.


Apa yang dikongsikan Nabila Huda itu mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya di Instagram. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang hairan kenapa Nabila tiba-tiba memuatnaik status berkenaan.


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...