Kata Yusof Haslam di sidang media drama Gerak Khas musim terbaru:
“Sejak selesai pembikinan KL Gangster 2, sehingga ke hari ini dah dua tahun dia (Syamsul) tak buat filem. Dia masih rasa terkilan dan merajuk”
“Tapi buat masa ni saya pun faham keadaan dia. Tidak apalah. Biar dia selesaikan dulu majlis perkahwinan dia. Mudah mudahan selepas bergelar suami nanti sikapnya akan berubah”
“Harap dia jangan lagi merajuk sebaliknya bangkit dari kekecewaan dan kembali bersemangat untuk mengarah semula”
“Saya harap Syamsul boleh ambil alih untuk arahkan pula Gerak Khas. Semasa Syamsul lahir, saya mula arahkan drama ini. Dan boleh dikata dia membesar dengan duit hasil drama ini”
“Jadi saya harap lepas ni dia pula yang akan arahkan Gerak Khas. Malah pihak Bukit Aman juga sebenarnya minta dia arahkan filem Gerak Khas”
No comments:
Post a Comment