Sunday 26 January 2014

Kumpulan Baru #tag Mendapat Sambutan Di Youtube

Kumpulan Baru #tag Mendapat Sambutan Di Youtube |  Kini muncul kumpulan baru yang mendapat sambutan di laman Youtube iaitu kumpulan #tag dengan sebutan hashtag. Kumpulan tersebut terdiri daripada dua penyanyi iaitu Akira Shukri dan Hez Hazmi. Untuk makluman, kini mereka mempertaruhkan lagu mereka My Crush versi studio yang menerima sentuhan komposer terkenal Edry Abdul Halim dan akan didendangkan di radio bermula Februari depan. Mereka menggunakan nama #tag seiring dengan perkembangan teknologi sekarang dan merekalah kumpulan pertama guna simbol # sebagai nama kumpulan.


Menerusi Mstar, Akira berkata mengenai lagu My Crush:

"Lagu ini mneceritakan tentang pengalaman kami masing-masing dan juga kepada mereka yang pernah mengalaminya yang mana ianya sinonim dengan kehidupan ramaja.

"Ketika mencipta lagu ini, kedua-dua kami berada di universiti yang berbeza dan kami terpaksa menggunakan teknologi internet untuk berkongsi audio, imej dan video."

Semoga mereka berjaya menempah nama sebagai artis baru popular kelak dan semoga lagu mereka diterima oleh pendengar tanahair.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...