Sunday 12 July 2015

Radhi OAG Teruja Hasilkan Album Terbaru

Peminat OAG pasti ingin mengetahui perkembangan terbaru kumpulan tersebut yang terkenal dengan lagu Permysuriku, Generasiku dan Akustatik. Kini Radhi OAG akan bergiat aktif semula dalam bidang nyanyian dan akan menghasilkan album terbaru selepas raya.


Kata Radhi melalui BH:

"Selepas raya ini saya akan masuk studio untuk memberikan sepenuh fokus kepada album terbaharu. Sudah lama tertangguh sebenarnya album itu. Saya dan Ayu sudah membuat perjanjian untuk kembali aktif selepas enam bulan dia bersalin.

"Kini anak sulung pun sudah berusia lima bulan dan Insya-Allah selepas raya saya boleh memerah otak untuk album itu. Saya ingin berkongsi bersama umum lagu-lagu yang saya membesar dengan."

Kepada peminat OAG, nantikan kemunculan album mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...