Thursday 6 March 2014

Hanez Suraya Tidak Takut 'Balasan' Menjadi Perampas Suami Orang

Hanez Suraya Tidak Takut 'Balasan' Menjadi Perampas Suami Orang | Pelakon Hanez Suraya mengaku tidak takut kepada balasan apabila merampas suami orang yang juga kekasihnya, Romie Razin Adilha 34. Hanez Suraya 30, berkata, sekiranya dia berada di pihak yang benar dan 'ikhlas' menjalinkan hubungan dengan pemuda yang dikenali sejak 20 Disember tahun lalu itu, dia tidak perlu takut kepada ‘hukuman’ atau 'balasan'. Admin agak terkasima dengan kenyataan Hanez. Tak takut 'balasan'? Wow!


Menerusi mstar Hanez berkata:

"Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar.

"Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu,"

Romie (Mr R) pula berkata:

"Sejak mengenali dia, saya memang jujur untuk berkawan malah saya turut menjelaskan situasi saya (sedang menyelesaikan kes perceraian).

"Saya menunjukkan kejujuran saya dengan berjumpa sendiri keluarga Hanez dan mereka langsung tidak masuk campur urusan saya dengan Nurliyana.

"Soal jodoh kami (dengan Hanez) sekarang ini, biarlah takdir menentukan,"

Mereka telah ditemui pada sidang media khas yang dianjurkannya bagi menjelaskan isu Hanez dikatakan bakal berkahwin dengan suami orang.

Dalam sidang media itu, Hanez turut meminta Nurliyana untuk meminta maaf secara terbuka selepas nama baik dia dan keluarganya tercalar gara-gara tuduhan tersebut. Admin agak hairan, siapa yang patut minta maaf sebenarnya? Sepatutnya perampas suami orang patut minta maaf!

3 comments:

  1. semoga bahagia hendaknya ...

    ReplyDelete
  2. seyesly blog awak cantik...terus sronok nak bace lagi.....

    ReplyDelete
  3. Semoga semuanya settle segera dan yang berhak mendapat haknya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...