Thursday 6 February 2014

Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Nikah 8 Mac Ini

Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Nikah 8 Mac Ini | Pasti ramai peminat tertunggu-tunggu pengumuman mengenai tarikh pernikahan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Kini tarikh pernikahan mereka sudah ditentukan iaitu pada 8 Mac ini yang telah disahkan oleh ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail. Majlis nikah tersebut akan diadakan di Masjid Sri Damansara pada pukul 10 pagi.


Kata Datin Patimah Ismail menerusi mStar:

“Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan & teman media pada majlis sambut menantu”

“Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda,”

Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 18 April di Dewan Perdana Felda. Majlis resepsi adik Syamsul iaitu Syafiq akan turut diadakan serentak. Manakala majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada sebelah malam pada hari pernikahan mereka di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. Tahniah kepada mereka semua!


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...