Tuesday 4 February 2014

Misha Omar Bakal Bernikah Pada Bulan Mei

Misha Omar Bakal Bernikah Pada Bulan Mei | Misha Omar telah membuat kenyataan yang dia akan bernikah dengan tunangnya Firos Ezzwan iaitu juruterbang MAS. Sebenarnya tarikh perkahwinan mereka adalah 21 Februari tetapi terpaksa ditangguhkan pada bulan Mei bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November lalu.


Misha Omar berkata menerusi mstar:

"Insya-Allah kami akan berumah tangga pada bulan Mei ini namun tarikh sebenar akan diberitahu selepas kad jemputan siap untuk diedarkan.

"Kami terpaksa menangguhkan perkahwinan sehingga Mei depan bagi menghormati tempoh habis edah ibu saya pada minggu kedua April.

"Ia juga sebagai mengambil keberkatan bulan Rejab dalam kalender Islam,"

"Adat masyarakat Kelantan tiada wang hantaran tetapi hanya mas kahwin. Bagaimanapun saya telah meletakkan syarat bahawa tidak mahu wang tunai.

"Begitu juga sebarang barangan berjenama sebagai hantaran, bagi saya itu tidak penting, sebaliknya saya mahu barang yang boleh dikenang dan menjadi simbolik kepada perkahwinan kami,"

Tahniah diucapkan kepada Misha Omar yang akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Semoga hasrat baik ini berjalan dengan lancar sekali.

2 comments:

  1. Assalam Encik
    Salam menyinggah ya .
    Semoga kekal ke usia syurga untuk Misha dan pasangannya nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...