Friday 31 January 2014

Yana Samsudin Buat Pembedahan Hidung?

Yana Samsudin Buat Pembedahan Hidung? | Kini heboh mengenai hidung Yana Samsudin selepas Yana pulang daripada bercuti. Menurut Yana, perubahan wajahnya adalah kerana memakai pendakap gigi sejak November tahun lalu. Yana menafikan membuat pembedahan hidung dan menyatakan penggunaan pendakap gigi menyebabkan tulang rahangnya berubah.

Yana berkata menerusi Utusan:

"Perubahan pada struktur gigi mengubah bentuk muka saya secara tak langsung. Berat badan saya juga turun. Tambahan pula dengan teknik solekan seolah-olah seperti saya melakukan pembedahan wajah. Walhal saya seorang yang prihatin dengan kecantikan. Saya kerap ke pusat pelangsingan badan dan rawatan muka.

Antara kaedah rawatan wajah yang saya buat termasuk face lifting iaitu urutan yang mampu menegangkan kulit yang menggendur. Sebab saya risau kalau dagu berlapis dan kulit menggelebeh"

Rasanya betul kenyataan Yana. Harap spekulasi mengenai hidung Yana berakhir.



2 comments:

  1. urutan tu mmg berkesan . pipi yg jatuh pun nampak jadi tegang mcm suntik collagen .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...