Monday 3 March 2014

Wawa Zainal Anggap Isu Dengan MIG Selesai

Wawa Zainal Anggap Isu Dengan MIG Selesai | Wawa Zainal menganggap isu berhubung dia melanggar perjanjian kontrak dengan pihak pengurusannya, Metrowealth International Group (MIG) sudah selesai. Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 23, berkata, walaupun kontrak sebagai artis naungan MIG sepatutnya tamat pada tahun 2015, namun dia telah keluar dengan cara baik daripada syarikat itu pada Disember tahun lalu.


Wawa Zainal berkata menerusi mStar:

"Setakat ini saya dan David Teo (ketua pegawai Eksekutif MIG) sudah tahu yang saya mahu keluar daripada syarikat pengurusan itu.

"Saya harap tidak ada apa isu yang akan timbul membabitkan saya dengan MIG. kami juga tidak mempunyai sebarang masalah kerana saya keluar dengan cara baik," katanya.

Wawa Zainal turut berkata mengenai kehidupannya sekarang:

"Alhamdulillah, ramai yang menganggap saya berkahwin terlalu muda sehingga tidak dapat merasai zaman remaja. Tetapi mereka silap kerana saya tidak sangka kehidupan kini lebih bahagia.

"Walaupun sibuk menjaga anak dan menguruskan suami, tetapi saya berasa cukup tenang. Rezeki lakonan pula masih lagi datang tanpa henti, tetapi buat masa ini saya tidak boleh nak ambil semua tawaran kerana mana-mana watak yang tidak bersesuaian dengan status saya sebagai isteri dan imej saya yang bertudung, saya tidak akan ambil," tuturnya.

Tambah Wawa, dia kini bernaung di bawah syarikat pengurusan suaminya, Aeril Zafrel, 26, iaitu Respected Citizen Communication.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...