Tuesday 4 March 2014

Hanez Suraya: "Terima Kasih Kerana Menghina Saya"

Hanez Suraya: "Terima Kasih Kerana Menghina Saya" | Isteri Mr. R, Nurliyana Abd Manan telah mendakwa Hanez menjadi punca keruntuhan rumah tangganya dan merampas suaminya. Selepas pendedahan yang dilakukan Nurliyana, Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial seperti Instagram dan Twitter.


Menerusi Portal Gua Hanez Suraya berkata:

"Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah," kata Hanez ketika dihubungi GUA.

"Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka dan sebagainya," ujar pelakon 'Sayangku Damia' ini.

"Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya. Saya ada hak untuk menyekat sesiapa yang bertindak memberikan komen yang melampau dan keterlaluan. Saya terima semua komen dan hujah yang diberikan dengan positif. Apa yang kurang, saya akan perbaiki," tutur Hanez mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...