Monday, 3 February 2014

Watie Elite Mufliskan Sahabat Sendiri Disebabkan Hutang

Watie Elite Mufliskan Sahabat Sendiri Disebabkan Hutang | Penjamin diperlukan untuk membeli kereta, dan sekiranya pembeli tidak melunaskan hutang kereta tersebut maka si penjamin yang terpaksa menanggungnya. Itulah apa yang terjadi kepada dua sahabat iaitu Watie dan Hana daripada kumpulan Elite. Hana kini diseranaikan muflis apabila Watie tidak melunaskan hutang kereta. Perkara ini berlaku lapan tahun lalu dimana Hana bersetuju untuk menjadi penjamin Watie demi membolehkan Watie membeli sebuah kereta dan berniat untuk membantu Watie yang baru ditinggalkan suami ketika itu.


Hana berkata menerusi Metro:

"Sampai hati dia lepas tangan, walhal ketika susah dulu dia merayu supaya saya membatunya. Ketika itu saya baru pulang ke tanah air dan tumpang bersedih melihat keadaannya digantung tidak bertali.

Saya bersetuju buat pinjaman dan bayarkan duit pendahuluan kereta berserta insurans dan cukai jalan sebanyak hampir RM10,000 tetapi dia mesti bayar setiap bulan kepada bank kerana itu keretanya.

Tak sangka pula dia tidak penuhi janjinya dan saya tak tahu di mana kereta itu sekarang. Menurut pihak bank, tiada bayaran dibuat sejak 2008 dan sebelum itu pun bayar tak konsisten. Lebih parah, baki hutang kira-kira RM60,000 kini meningkat kepada RM99,000."

Menurut Hana, dia mengetahui perkara tersebut semasa mahu berkunjung ke Singapura dan tidak dapat masuk negara itu kerana namanya telah disenarai hitam malah Hana juga tidak dapat mengeluarkan duit di bank, akaunnya telah dibekukan berikutan telah disenaraikan muflis.

2 comments:

  1. kesian Hana..harap2 pasni watie bayar hutang dia cepat2 supaya nama Hana dibersihkan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...