Sunday, 2 February 2014

Rozita Che Wan Ingin Hadiahkan Seorang Anak Untuk Zain

Rozita Che Wan Ingin Hadiahkan Seorang Anak Untuk Zain | Rozita Che Wan berhasrat untuk menghadiahkan sekurang-kurangnya seorang anak buat suaminya, Zain Saidin. Untuk makluman, Rozita Che Wan sudah mempunyai 2 anak hasil perkahwinan sebelum ini, kini ingin menambah lagi zuriat.


Rozita Che Wan berkata menerusi Harian Metro:

"Hampir enam minggu kami berkahwin, terus terang saya memang mengharapkan hamil dalam masa terdekat. Usia pun bukannya muda tapi sudah 40-an. Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya hasil perkahwinan dengan bekas suami dulu pun sudah berusia 16 tahun.

Pun begitu, ada juga bimbang sebab wanita 40-an dikatakan berisiko untuk mengandung. Mungkin di luar kita nampak sihat, tetapi dalam badan kita tak tahu sama ada masih kuat atau tak? Apa pun saya berharap saya tidak mengalami sebarang masalah untuk mengandung.

Walaupun saya sudah mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan pertama dulu, tetapi tentunya Zain mahukan zuriatnya sendiri. Saya ingat kalau saya dapat hadiahkan seorang anak untuk Zain pun dah jadilah. Tapi mengenangkan dia mahukan anak lelaki sementara saya pula nakkan anak perempuan, nampaknya kenalah mengandung 2 kali.

Zain mahukan anak lelaki kerana katanya boleh buat kawan. Apa yang lebih penting bagi saya adalah tidak kira bayi lelaki atau perempuan, yang penting anak cukup sifat dan sihat."


Semoga hasrat Rozita Che Wan tercapai walaupun sudah berusia 40an. Sekarang sudah ada macam-macam ubat dan kaedah untuk membantu hamil, tidak mustahil Rozita Che Wan akan mengandung.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...