Monday 24 February 2014

Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah DFKL

Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah DFKL | Ini adalah kali pertama anugerah khas ini diadakan yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada drama TV3 dan TV9. Anugerah ini diberi nama Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL).


DFKL baru-baru ini dikuasai oleh drama Love You Mr Arrogant selepas berjaya mendapat 3 kemenangan termasuklah sebagai Drama Pilihan. Pelakon utamanya iaitu Azlee Khairi dan Zara Zya juga bejaya mendapat gelaran Pasangan Serasi Pilihan. Selain itu, Azlee juga menang Pelakon Lelaki Pilihan.

Dalam kategori Drama Pendek Terbaik, drama Singh Susu menjadi juara dan mendapat ganjaran berjumlah RM10,000.

Berikut adalah pemenang DFKL (sumber rotikaya):

Drama Pilihan: Love You Mr Arragant
Pelakon Lelaki Pilihan: Azlee Khairi
Pelakon Wanita Pilihan: Nur Fathia
Pengarah Pilihan: Raja Ahmad Alauddin (Sebenarnya Saya Isteri Dia)
Penulis Skrip Pilihan: Mufid Suhaimi (Dalam Setiap Sujud)
Barisan Pelakon Pilihan: Sebenarnya Saya Isteri Dia
Pasangan Serasi Pilihan: Azlee Khairi dan Zara Zya (Love You Mr Arrogant)
Drama Pendek: Singh Susu, Gadis Payung Merah dan Kawan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...