Tuesday 4 February 2014

Filem RoboCop 2014

Filem RoboCop 2014 | Admin baru-baru ini menonton filem RoboCop di pawagam Taiping Sentral. Bagi admin, filem ini penuh dengan aksi dan memang menjadi kesukaan admin, admin akan kongsikan serba sedikit mengenai filem ini.


Untuk makluman, RoboCop 2014 ialah filem aksi fiksyen sains yang diolah semula berdasarkan filem asalnya RoboCop 1987. 


Filem ini masih mengekalkan plot asas sahaja dari filem 1987 mengenai syarikat OmniCorp yang mencipta 'cyborg' iaitu kacukan robot dan manusia yang dinamakan RoboCop. Jika dibandingkan dengan filem RoboCop 1987, hanya watak utama iaitu Alex Murphy sahaja yang dikekalkan.


Yang paling menarik mengenai filem kali ini, ia mengenai konflik perebutan pemilikan Murphy setelah dijadikan RoboCop di antara keluarganya (isteri dan seorang anaknya) dengan OmniCorp.


Konflik perebutan tersebut dan juga konflik RoboCop menyelesaikan kes kematiaannya sendiri sehinggakan hampir membunuh ketua polis Detroit menyebabkan korporat OmniCorp berhasrat membunuh RoboCop yang diciptanya. 


Jika ingin tahu macam mana RoboCop menyelamatkan dirinya daripada dibunuh, jom pergi layan di pawagam. Sesiapa yang suka filem aksi, memang berbaloi menonton. Filem ini kalau dibagikan bintang, boleh dapat 4 bintang.
 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...