Friday 21 February 2014

Erra Fazira Bercerai, Engku Emran Dapat Hak Penjagaan Anak

Erra Fazira Bercerai, Engku Emran Dapat Hak Penjagaan Anak | Kini heboh mengenai Erra Fazira disahkan bercerai dengan Engku Emran. Untuk makluman, sebelum ini macam-macam spekulasi mengenai rumahtangga mereka dan akhirnya semua terjawab. Lafaz cerai oleh Engku Emran kepada Erra Fazira telah disahkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain selepas kedua belah pihak bersetuju untuk berpisah secara baik. Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membuat keputusan untuk memberi hak penjagaan anak iaitu Engku Aleesya kepada Engku Emran. Hak bermalam dan lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira.


Erra Fazira berkata menerusi GUA:

“Saya pinta jangan ditanya mengenai perkara lepas serta bila dan kenapa perkara ini berlaku kerana saya tak berhasrat untuk bercerita. Bagi saya, biarlah ia menjadi rahsia”

“Saya ada sebab kenapa pendamkan perkara ini. Bukan kerana saya mementingkan diri namun saya ada alasan yang tersendiri. Perkara ini melibatkan hal rumahtangga dan masalah dalaman keluarga. Itu adalah hal peribadi dan saya tak boleh kongsi kepada semua mengenai perkara ini. Saya harap semua orang menghormati dengan keputusan saya ini”

Selain itu, permohonan Erra Fazira untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah telah diluluskan.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain berkata menerusi Sinar Harian:

“Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,”

Admin sangat tidak suka mengenai kes-kes cerai begini, tapi apa boleh buat sekarang ujian dan dugaan bermacam-macam dalam mengharungi rumahtangga, semoga kes cerai makin berkurangan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...