Tuesday 21 January 2014

Zizan Razak Nafi Bercumbu Dengan Emma Maembong

Zizan Razak Nafi Bercumbu Dengan Emma Maembong | Gosip hangat hari itu Zizan Razak bercumbu dengan Emma Maembong di dalam kapal terbang adalah tidak betul kata Zizan Razak. Admin sudah agak gosip ini adalah gosip yang tidak benar. Bercumbu dalam kapal terbang? Kalau bercumbu dalam bas atau keretapi orang perasan, apatah lagi dalam kapal terbang yang ada banyak baris tempat duduk dan pramugari. Orang akan berfikir beratus kali untuk buat aksi 'freestyle' tu.

Kata Zizan Razak menerusi mStar:

“Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua”

“Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis,”

Zizan menafikan perbuatan tersebut dan enggan beri komen bagi pihak Emma Maembong kerana anggap tiada hak untuk buat begitu. Berbanyakkan bersabar Zizan dan Emma, artis memang tidak akan terlepas dengan gosip.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...