Friday, 24 January 2014

Ziana Zain Dinasihati Bertudung Oleh Anaknya

Ziana Zain Dinasihati Bertudung Oleh Anaknya | Anak sulungnya, Aiman 14 tahun selalu menasihati ibunya supaya menutup aurat dengan memakai tudung. Anaknya, Aiman kini bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak.


Ziana Zain berkata menerusi portal gua:

"Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; “bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.

Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana"

Ziana Zain menerima nasihat anaknya dengan hati terbuka. Hati seorang ibu selalunya lembut dan bertimbang rasa terhadap anak sendiri. Kemungkinan besar Ziana Zain akan mendengar nasihat anaknya kelak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...