Dipetik dari mstar, Vanidah Imran berkata:
"Bayangkan apabila sudah terkena dengan penyakit berbahaya seperti darah tinggi dan diabetis, ia sedikit sebanyak akan mengubah kehidupan kita. Alhamdulillah, sejak setahun lalu, saya mula bergiat aktif dalam aktiviti larian terutamanya," katanya kepada mStar Online.
"Aktiviti sebegini bagus untuk menggalakkan masyarakat bersenam. Saya juga bawa anak-anak menyertai sebarang aktiviti yang melibatkan senaman.
"Jujurnya, apabila terlibat sudah biasa dengan aktiviti kecerdasan, ia sekali gus membuatkan diri kita lebih peka terhadap kesihatan terutamanya dalam penjagaan makanan.
"Sebagai contoh, apabila saya makan dengan kuantiti yang banyak pada siang hari, saya akan pastikan untuk bersenam di sebelah malam pula. Dan ada juga pada masa-masa tertentu saya tak makan malam," ujarnya.
Senaman memang bagus untuk kesihatan
ReplyDelete