Saturday, 25 January 2014

Uqasha Senrose Bersiap Untuk Kahwin Dan Mengalukan Tajaan

Uqasha Senrose Bersiap Untuk Kahwin Dan Mengalukan Tajaan | Uqasha Senrose dan Pekin tidak lama lagi akan melangsungkan perkahwinan. Uqasha Senrose mendedahkan kini mereka berdua mula buat persiapan perkahwinan dan mereka dikatakan ingin adakan majlis yang sederhana saja, dalam masa yang sama tidak menolak untuk terima sebarang tajaan.


Kata Uqasha Senrose:

“Saya suka konsep dalam taman (garden wedding). Pekin pula dia suka suasana yang santai. Tapi kami akan adakan majlis yang sederhana saja,”

“Kami terima kalau ada pihak yang nak taja. Setakat ni ada beberapa pihak sudah menyatakan kesudiaan mereka tapi kami akan adakan perbincangan dengan mereka sebelum membuat keputusan,”

Uqasha Senrose berkata ahli keluarganya banyak membantu dalam persiapan perkahwinan kerana Uqasha Senrose sibuk bekerja. Semoga segala dirancang mereka berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...