Saturday 11 January 2014

Tok Adi Tidak Kisah Diparodikan

Tok Adi Tidak Kisah Diparodikan | Nasir Bilal Khan yang begitu sinonim dengan watak Tok Adi tidak kisah diparodikan. Watak Tok Adi kini menjadi sangat popular kerana menjadi bahan lawak contohnya dalam Maharaja Lawak Mega. Bukan itu sahaja, watak Tok Adi juga menjadi bahan parodi di media sosial.


” Saya tahu perkara ini terjadi, dan saya rasa tidak kisah pun bila watak itu diparodikan. Pada saya, mereka sendiri yang perlu bertanggungjawab atas perkara yang mereka lakukan.”

“Watak yang saya bawa itu menjadi dan kekal dalam ingatan semua orang. Tetapi harapannya pengajaran yang cuba ditonjolkan itu sampai. Bukan hanya jadi bahan lawak sahaja.”

Contoh Tok Adi di media sosial

Diakui oleh Nasir Bilal Khan watak Tok Adi sangat menjadi dan sangat popular. Semoga Tok Adi memberi pengajaran yang berguna kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...