Friday, 31 January 2014

Tiket Persembahan Anuar Zain Kini Mencecah RM1,380

Tiket Persembahan Anuar Zain Kini Mencecah RM1,380 | Harga barang naik, jadi Anuar Zain juga menaikkan harga tiket maksimum iaitu RM698 ke RM1,380. Jika hendak dibandingkan dengan konsert pada Februari 2013, jauh berbeza. Harga tiket konsert pada Februari 2013 adalah daripada RM88 sehingga RM698 sahaja. Mengapa Anuar Zain menaikkan harga tiket sebegitu tinggi?


Ini ulasan Anuar Zain menerusi mStar mengenai kenaikan itu:

“Harga itu berpatutan kerana ianya merangkumi makanan, door gift, kualiti persembahan dan memberi peluang kepada para peminat untuk mendekati diri saya”

“Kita juga menjanjikan susunan muzik yang lebih segar dan mantap bersesuaian dengan tema majlis iaitu ‘Terindah’. Ia hadiah ikhlas dari saya kepada peminat yang hadir nanti,”katanya.

Admin rasa memang mahal harga tiket tu tapi tidak apa kalau memang berbaloi dan mantap persembahan Anuar Zain kelak. Persembahan tersebut dinamakan persembahan khas 'Terindah...Anuar Zain' yang akan berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya pada 8 April ini dan harga tiketnya yang paling murah adalah RM480, yang paling mahal adalah RM1,380. Nampaknya admin tidak layak untuk pergi, mahal bagi admin.


2 comments:

  1. peminat tegar je yang sanggup beli tiket semahal tu..diehard fans...sambil komen isi tabung sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, orang biasa mesti tak sanggup beli punya

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...