Wednesday 29 January 2014

Soalan Sensitif Hamil, Lisa Surihani Kecil Hati

Soalan Sensitif Hamil, Lisa Surihani Kecil Hati | Lisa Surihani seringkali ditanya mengenai kehamilan. Selalunya orang bertanya begini "bila lagi?", tetapi kadang-kadang keluar juga soalan-soalan yang sensitif sehinggakan Lisa Surihani rasa kecil hati.


Kata Lisa Surihani menerusi MalaysianDigest:

"Saya tak kisah kalau orang kerap bertanya, bila lagi, bila lagi…? Ini semua kuasa Allah. Mungkin belum rezeki kami. Tapi saya tak boleh terima bila ada soalan-soalan daripada orang sekeliling yang sampaikan menyentuh hal yang terlalu peribadi.

Saya tak faham kenapa mereka tak sensitif dan tak menjaga perasaan orang lain. Cubalah mereka letakkan diri mereka dalam situasi saya. Bukan kami tak berusaha, tapi tidaklah sampai kami perlu berkongsi tentang perkara itu pada umum.

Disebabkan soalan-soalan yang sensitif itu, membuatkan saya asyik terfikir walhal saya dan suami, kami okay saja. Sebab itu saya luahkan rasa kesal dengan sikap beberapa pihak itu di Instagram baru-baru ni, mujur ramai yang menyokong saya dan saya rasa lega"


Mulut manusia memang susah hendak ditutup, selalu keluar macam-macam sangkaan. Seelok-elok sangkaan adalah bersangka baik. Semoga kita termasuk juga admin sentiasa menjaga hati orang keliling kita. Terlanjur perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...