Tuesday 14 January 2014

Takziah, Kandungan Isteri Pierre Andre Terpaksa Digugurkan

Takziah, Kandungan Isteri Pierre Andre Terpaksa Digugurkan | Sebelum ini Pierre Andre pernah memberitahu bahawa isterinya sudah mengandung dan bakal melahirkan bayi, tapi bulan lepas isterinya melakukan pemeriksaan dan mendapati kandungan terpaksa digugurkan untuk menjaga keselamatan.


“Apa yang boleh saya katakan bahawa belum ada rezeki anak lagi buat saya dan isteri. Sebelum ini saya pernah memberitahu bahawa saya bakal bergelar seorang bapa, tetapi kuasa Allah S.W.T. tidak dapat siapa duga”

“Ceritanya apabila kami melakukan pemeriksaan pada masa yang ditetapkan iaitu 13 minggu usia kandungan dan doktor mendapati bahawa kandungan isteri terpaksa digugurkan kerana mempunyai masalah dan ini boleh mengancam keselamatan isteri saya”

“Kami sekeluarga agak sedih tetapi apa yang boleh saya buat ialah berdoa dan mungkin ini bukan rezeki kami lagi. Saya dan isteri akan terus berusaha lagi pada masa akan datang,” katanya.


Takziah diucapkan kepada Pierre Andre dan isterinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...