Dipetik dari mymetro, ibu-ibu yang selamat melahirkan anak pada 1 Januari 2014:
“Sakit dialami akibat kesan pembedahan ketika melahirkan Muhammad Adam Rayyan Aiman Shazwan kini berkurangan dan ini hadiah paling bermakna untuk suami, Aiman Shazwan Mahmud, 27, sejak kami berkahwin.”
“Akhirnya, saya selamat melahirkan bayi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ini menerusi pembedahan disebabkan bimbang keadaan bertambah teruk dan bayi selamat dilahirkan kira-kira jam 3 pagi tadi (semalam).”
“Anak sulung kami kini berusia lima tahun dan sangat gembira dengan kehadiran adiknya dan saya tak sangka akan melahirkan bayi ini pada tarikh jangkaan doktor.
“Saya berdoa supaya anak saya dilahirkan Januari untuk berkongsi bulan kelahiran dengan abangnya yang dilahirkan pada 31 Januari dan impian saya akhirnya dimakbulkan Allah.”
Rayvanut Charensuk, 25:
“Saya memang berharap anak kedua lahir pada tahun baru kerana menurut masyarakat Siam, bayi yang dilahirkan pada tarikh ini dianggap pembawa rezeki.
“Bayi saya lahir pada jam 4.25 pagi tadi (semalam) secara normal tetapi anak saya terpaksa mendapatkan rawatan lanjut sejurus selepas dilahirkan disebabkan keadaannya yang kurang stabil sedikit,”
No comments:
Post a Comment