Monday 27 January 2014

Rozita Che Wan Mahu Hamil Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali

Rozita Che Wan Mahu Hamil Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali | Rozita Che Wan mendedahkan yang beliau ingin mengandung lagi. Baru-baru ini pasangan ini telah terbang ke Bali, Indonesia untuk bercuti bersama dengan rakan mereka yang lain.


Kata Rozita Che Wan menerusi portal GUA:

“Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya pun sudah berusia 16 tahun,” 

“Memanglah risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain menimang cahaya mata,”

Rozita Che Wan juga berkongsi yang beliau rasa kekok sehingga tidak boleh tidur malam pada awal perkahwinan namun kini sudah semakin selesa hidup bersama suaminya yang dicintainya.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...