Monday 20 January 2014

Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan

Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan | Sebelum ini tersebar gambar-gambar yang menunjukkan Remy Ishak ada hubungan istimewa dengan Budi Citawan, anak pelakon veteran Wan Hanafi Su.

Remy Ishak berkata:


“Saya cukup menghormati uncle sebagai pelakon senior & saya ucapkan terima kasih kepadanya. Apa yang telah berlaku sebelum ini akan saya terangkan di sini bahawa saya dan dia hanyalah merupakan seorang kawan biasa dan tidak lebih dari apa yang disangkakan sebelum ini,”

“Saya berkenalan dengan dia apabila kawan-kawan saya ajak lepak minum dan dari situlah kami mengenali antara satu sama lain dan selepas itu dialah satu-satunya kawan perempuan saya kerana saya ini pemalu untuk berkawan dengan perempuan dan disebabkan itulah saya ini tidak mempunyai kawan perempuan,”

“Tidak lagi merasa pelik seperti dahulu kerana saya sudah matang apabila dikaitkan dengan mana-mana wanita dan ini merupakan satu benda yang positif kerana orang mahu mengetahui tentang perkembangan saya. Kami juga ada berbincang mengenai isu ini dan dia cukup risau akan kesan sampingan terhadap kerjaya saya ini dan saya telah memberitahu bahawa ini perkara yang sering berlaku apabila menjadi seorang artis dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan,”

Dengan ini jelaslah bahawa Remy tidak ada kekasih dan yang ada cuma kawan biasa.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...