Tuesday 14 January 2014

Najwa Latif Nafi Dapat RM1 Juta Setahun

Najwa Latif Nafi Dapat RM1 Juta Setahun | Najwa Latif kini baru 19 tahun tapi sudah ada sebuah kondominium dan kereta hasil daripada kerja kerasnya sebagai anak seni. Baru-baru ini Najwa tersenarai sebagai 5 orang selebriti wanita yang memperoleh pendapatan melebihi RM1 juta setahun, namun Najwa nafikan dan menyatakan pendapatannya tahun lepas kurang daripada RM500,000.


“Saya masih belum tahap bergelar jutawan seperti dilaporkan namun syukur jika benar pendapatan saya sebanyak itu saya anggap apa yang ditulis sebagai doa”



Kekayaannya adalah hasil daripada penjualan album dan nada dering serta persembahan di dalam dan luar negara. Selain itu, pendapatannya itu juga daripada pelantikannya sebagai duta rasmi Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Hebat pencapaian Najwa, syabas Najwa Latif!.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...