Thursday, 2 January 2014

Najwa Latif Nafi Burukkan Peserta Himpunan Turun

Najwa Latif Nafi Burukkan Peserta Himpunan Turun | Penyanyi terkenal Najwa Latif menafikan sekeras-kerasnya yang beliau menghantar mesej bergambar yang seolah-olah peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka pada 1/1/2014 melakukan keganasan dan gangguan seksual.

Dipetik dari sinar harian, Najwa Latif berkata:

“Itu tidak benar, saya tidak ada ‘tweet’ sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer.

“Semalam, selepas saya buat persembahan di Dataran Merdeka anjuran DBKL dalam pukul 1 pagi saya perasan perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

“Saya memang berada di Dataran Merdeka kerana ada persembahan tahun baru. Cuma, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti selepas itu.

“Saya menyanyi pada jam 11.15 malam, ketika itu keadaan masih tenang lagi. Tiada apa-apa yang berlaku dan semua orang masih OK. Sekitar jam 11.40 malam saya sudah berada dalam kereta untuk balik,” katanya.

“Setakat ini tiada (laporan polis) kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan.

“Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...