Tuesday 14 January 2014

Keluarga Syamsul Yusof Masuk Merisik Puteri Sarah Liyana?

Keluarga Syamsul Yusof Masuk Merisik Puteri Sarah Liyana? | Beberapa gambar dari seorang penggiat forum Cari dikongsikan yang menunjukkan Datuk Yusof Haslam dan isteri bergambar bersama Puteri Sarah Liyana. Tujuan mereka ke sana adalah untuk merisik Puteri Sarah buat anak mereka, Syamsul.


Dibawah adalah gambar majlis merisik: 


Menurut mStar, majlis merisik dibuat pada hari Ahad secara sederhana di kediaman keluarga Puteri Sarah.

“Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah” kata ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah.



Syamsul menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Puteri Sarah Liyana selepas pulang menunaikan Umrah pada 28 Disember lalu. Melalui perbincangan dua belah keluarga, majlis pernikahan akan berlangsung pada bulan Februari, tarikh tepat perkahwinan belum diketahui.

Siapa Puteri Sarah Liyana? 
Inilah dia Puteri Sarah Liyana yang dirisik oleh keluarga Syamsul Yusof:
Nak tahu lebih lanjut? Jom lihat biodata Puteri Sarah Liyana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...