Thursday 2 January 2014

Johan: Jangan Terus Salahkan Saya!

Johan: Jangan Terus Salahkan Saya! | Pelakon Juvana, Johan As'ari melalui pelbagai tohmahan disebabkan kontroversi percintaannya yang panas pada tahun 2013. Isu percintaannya dengan Nabila Huda dan Shila Amzah sering kali Johan dipersalahkan.

Dipetik dari sinar harian, Johan As'ari berkata:

“Setulus hati saya tak pernah terdetik untuk mempermainkan perasan wanita. Segala yang berlaku adalah asam garam kehidupan. "Soal menggunakan agama untuk rapat dengan wanita pastinya tak benar, kerana bagi saya dakwah itu adalah kerja kita sesama Muslim.

“Manakala tanggungjawab dan aktiviti sehari-hari adalah ibadah kita. Ke mana jua saya pergi agama tetap saya bawa bersama,” kata Johan yang menepis segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.

“Saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada kekhilafan. Saya berharap perkara ini tidak dipanjangkan dan disalah ertikan oleh mana-mana pihak,” katanya bimbang perkara sama berulang kembali.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...