Friday 24 January 2014

Isteri Restu Awie Dan Erra Fazira Bercinta Semula

Isteri Restu Awie Dan Erra Fazira Bercinta Semula | Pasti ramai terkejut dengan tajuk kali ini, bukan apa agak pelik bila Awie dan Erra Fazira bercinta semula dan bukan itu sahaja malah direstui pula oleh isteri Awie sendiri. Pening dan confius bila fikir dua tiga kali macam mana mereka boleh bercinta semula. Macam ini ceritanya, Awie dan Erra Fazira akan bercinta semula bukan secara realiti tapi secara lakonan.


Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain akan berlakon di dalam Konsert Teaterikal 'Suara Kita' yang mengamit semula nostalgia filem yang meletup sekitar 90-an iaitu Sembilu dan Sembilu 2. Idea projek ini datang dari Awie sendiri, kata Awie mengenai minta restu isteri:

“Sebelum memulakan langkah, orang pertama saya jumpa ialah isteri saya, Rozana. Saya beritahu dia tentang idea projek ni. Saya tahu yang saya harus jaga perasaan dia malah perasaan ramai orang”

“Mula-mula tu dia terperanjat juga lah. Tapi saya berterima kasih kepada dia kerana memberi saya lampu hijau. Katanya demi kerja dan karya, kenapa tidak. Lagipun dia adalah peminat Erra dan Ziana,”


Terjawab juga persoalan kali ini, Awie dan Erra Fazira bercinta semula. Harap-harap tiada gosip mengenai mereka berdua semasa pementasan teater nanti kerana ia hanya lakonan dan direstui isteri Awie. Tapi kalau berlakon lebih-lebih memang akan menjadi gosip juga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...