Friday 3 January 2014

Guru Jelajah Benua Afrika Dengan 'Kapcai'

Guru Jelajah Benua Afrika Dengan 'Kapcai' | Seorang guru Malaysia pergi ke Afrika atas inisiatif sendiri untuk menjelajah benua Afrika menggunakan motosikal kapcai 110cc seorang diri. Nama guru tersebut adalah Mohammad Lasim Deraman yang berusia 47 tahun. Untuk makluman, beliau mulakan perjalanan sejauh lebih 10,000 kilometer pada 15 November lepas di Cape Point yang paling selatan di benua Afrika dan merentasi antaranya Tanzania, Bostwana, Zambia sebelum berakhir di Mount Kenya, gunung kedua tertinggi di benua itu. Sangat jauh perjalanan beliau, admin F4M pun tak mampu buat. Ini membuktikan minat dan kesungguhan boleh memberi kejayaan. Yakin Boleh!!

Kata Mohammad Lasim Deraman yang dipetik daripada mstar:

"Saya pilih benua Afrika kerana keadaan geografinya yang mencabar dengan kawasan pergunungan, danau, sungai dan gurun yang saya rasa punya rahsia tersendiri," katanya.

Menurut Mohammad Lasim, pada awalnya beliau merancang ke tanah suci Makkah melalui Nairobi, selepas tiba di Moyale (bandar di sempadan Ethiopia dan Kenya) pada hari ke-34, namun terpaksa membatalkan hasrat kerana berlaku perang saudara di Nairobi.

"Kedutaan juga menasihatkan saya berpatah balik kerana pertempuran melibatkan pertumpahan darah dan sangat berbahaya," katanya.

Usai jelajahnya di benua Afrika, guru itu tidak terus pulang ke tanah air. Sebaliknya beliau menghantar kapcainya ke Thailand dan mengambil keputusan menjelajah negara Gajah Putih berkenaan yang dicapainya dalam tempoh tiga hari.

Beliau kemudian menunggang ke selatan Thai dan memasuki negara ini pada 26 Disember lalu menerusi Bukit Kayu Hitam sebelum ke sini untuk bertemu rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...