Thursday 2 January 2014

Anding Tolak Aksi Ranjang Demi Keluarga

Anding Tolak Aksi Ranjang Demi Keluarga | Anding iaitu penyanyi dan pelakon akan menolak sebarang tawaran lakonan yang memerlukan aksi ranjang walaupun tawaran lumayan. Tambahan pula beliau nak menjaga hati keluarganya terutamanya mak dan ayahnya. Yelah, siapa tak terkejut kalau anak sendiri keluar di kaca tv dengan aksi ranjang.


Dipetik dari mstar, Anding berkata:

"Sebelum ini saya pernah menerima tawaran untuk berlakon filem. Memang saya tahu, berlakon filem dapat menguatkan profil sebagai seorang pelakon, tetapi apabila diminta berlakon aksi ranjang untuk beberapa babak, saya terus tolak.

"Saya tahu watak sebegitu boleh mencetuskan kontroversi dan apatah lagi apabila mak dan ayah saya tonton aksi saya dalam filem tersebut, mereka pasti akan terkejut," katanya.

"Sekarang ini saya banyak berlakon dalam drama-drama untuk siaran RTM (Radio Televisyen Malaysia). Mungkin ramai yang tidak sedar, tetapi bagi saya, ia sudah cukup baik.

"Malah saya juga sibuk mengendalikan program pengembaraan iaitu Klik Klik di TV1. Saya harap, ia adalah satu perkembangan positif untuk mengekalkan momentum kerja lakonan saya," ujarnya.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...