Sunday, 29 December 2013

Universiti Al-Azhar Di Bakar Pelajar

Universiti Al-Azhar Di Bakar Pelajar | Sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti Universiti Al-Azhar semalam.


Penyokong pergerakan itu dikhabarkan melakukan serbuan di bangunan tersebut semasa pelajar sedang menduduki peperiksaan.
Kemudian mereka membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba. Akhirnya mereka bersurai setelah polis melepaskan gas pemedih mata.
Seorang pelajar, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis.Empat orang turut cedera.
Selain itu, para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar.
Dalam kejadian tersebut, 60 pelajar berjaya ditangkap.
sumber kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...