Thursday 19 December 2013

Percintaan Nora Danish Dan Nedim Tidak Direstui Keluarga



Percintaan Nora Danish Dan Nedim Tidak Direstui Keluarga | Nora Danish baru-baru ini ditemubual oleh Kosmo! mengenai gosip hubungan beliau dengan Nedim Nazri yang tidak mendapat restu bapa kepada lelaki tersebut yang merupakan seorang menteri.

Hubungan cinta sanggup diputuskan oleh Nora Danish jika masih tidak mendapat restu daripada kedua belah keluarga.

Kata beliau " Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daipada bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami"

"Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak penah memberitahu saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya."

Setakat ini Nora Danish tidak ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan Nedim. Nora Danish berkata bahawa dia akan membuat pengumuman di sidang media apabila beliau ingin berkahwin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...