Monday 23 December 2013

Pekin Dan Uqasha Senrose Kahwin 2014


Pekin Dan Uqasha Senrose Kahwin 2014 | Hubungan percintaan Pekin Ibrahim, 32, dan Uqasha Senrose, 21, hampir berakhir gara-gara kontroversi yang mengaitkan pelakon sensasi, Shaarnaaz Ahmad.

Menyedari ia hanya salah faham, hubungan kasih sayang antara mereka kemudiannya kembali bertaut seperti sediakala.

Menurut Pekin, disebabkan kontroversi itu juga hubungan mereka semakin bertambah erat, malah bakal mempercepatkan penyatuan di antara mereka berdua.



Pekin yang sebelum ini berteka teki dengan tarikh perkahwinannya, akhirnya mengaku tidak mahu menunggu lama untuk melamar wanita yang berjaya menambat hatinya itu sebagai suri hidupnya.

Dia yang ditemui pada malam tayangan filem Tokan, di e@curve khamis lalu, sudah menetapkan tarikh perkahwinannya dan sudah mendapat persetujuan daripada kedua belah keluarga.

Bagaimanapun menurut Pekin, keluarganya tidak mahu tarikh perkahwinan itu didedahkan pada umum atas alasan tersendiri.

“InshaALLAH, kami akan berkahwin tahun depan. Tapi keluarga saya masih tidak benarkan saya mengumumkan tarikh perkahwinan kami,” katanya yang mengikat pertunangan dengan Uqasha pada 6 Julai lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...