Tuesday, 24 December 2013

Neelofa Bimbang Tinggal Sendirian Di AS

Neelofa Bimbang Tinggal Sendirian Di AS | Neelofa iaitu pelakon tempatan meluahkan rasa debar untuk ke Amerika Syarikat. Neelofa pada 27 Disember ini mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA).


"Dalam rasa teruja untuk mengikuti kursus di NYFA, saya sebenarnya gementar dengan suasana yang bakal dilalui.



"Ini kerana saya ke sana tanpa teman dan bilik yang disewa hanya saya seorang yang tinggal. Dan kalau nak tahu saya ini penakut orangnya. Tak boleh duduk seorang diri," selorohnya.

Disebabkan oleh rasa takut, Neelofa telah membeli kamera mini yang disambungkan ke komputer dan diletakkan di bilik bagi membolehkan keluarga memantau keadaannya menerusi Internet.

Tujuannya di sana adalah untuk menambah pengetahuan dalam bidang seni lakonan.


"Insya-Allah, ilmu yang dipelajari di sana dapat diaplikasikan dalam kerjaya lakonan saya. Dan sekarang ini saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan sehinggalah kursus selesai.

"Kemudiannya saya akan terlibat dengan penggambaran filem berjudul Sinaran selepas pulang ke tanah air," tuturnya.

Admin food4makan mengucapkan semoga Neelofa berjaya dalam pelajaran di sana dan sentiasa kekal sihat waalfiat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...