Sunday, 22 December 2013

Johan Tetap Menanti Shila!




Johan Tetap Menanti Shila! | Umum tahu sebelum ini Johan As'ari akrab dengan Shila Amzah tapi selepas pelakon itu mengaku untuk melamar Lana Nordin, hubungannya dengan Shila Amzah menjadi dingin.

Shila Amzah pernah membuat kenyataan untuk tidak mahu menerima Johan namun Johah pula tetap dengan pendiriannya bahawa hatinya tetap terbuka untuk Shila dan menyifatkan hubungan mereka tetap seperti biasa.

Johan berkata,"Apa pun, saya tetap akan bersahabat dengan Shila selamanya. Hubungan ini tidak akan putus. Saya masih dan tetap menyayangi Shila selamanya."

"Sebagai seorang sahabat, seperti yang selalu saya katakan, saya akan tetap mendoakan kebahagiaannya sampai bila-bila, dan berharap dia berjaya dan gembira."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...