Monday, 23 December 2013

Izzue Islam & Emma Maembong Paling Popular 2013


Izzue Islam & Emma Maembong Paling Popular 2013 | Sepanjang tahun ini, boleh dikatakan hampir setiap bulan ada saja gosip dari pasangan yang baru berkahwin iaitu Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Tahniah diucapkan sekali lagi pada pasangan yang sedang berbahagia ini.

Tetapi menerusi laporan Google Zeitgeist tahun 2013, kami dikejutkan dengan senarai artis tempatan paling dicari dimana Izzue Islam yang baru saja melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun 2013 mengungguli carta Trending Malaysian Celebrities.

Lebih mengejutkan apabila Emma Maembong turut menduduki tangga kedua sekaligus membuktikan bahawa pelakon baru naik ini lebih popular dari mana-mana selebriti tempatan yang lain. Adakah ini bermaksud Emma Maembong menjadi popular sebab hubungannya dengan Zizan Razak?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...