Wednesday 25 December 2013

Fizo Omar Tumbang 10 Ekor Lembu Untuk Majlis Resepsi Di Kelantan Sabtu Ini

Fizo Omar Tumbang 10 Ekor Lembu Untuk Majlis Resepsi Di Kelantan Sabtu Ini | Fizo Omar akan tumbang 10 ekor lembu sempena majlis resepsinya di Kelantan pada Sabtu ini.


Sebelum ini, majlis resepsi telah diadakan di kampung isterinya, Mawar Abdul Karim, di Pulau Pinang.

"Memang penat tetapi berbaloi untuk melihat seluruh ahli keluarga kami berkumpul.

"Saya juga ingin menjemput peminat ke rumah saya pada Sabtu ini, untuk kenduri ini saya menumbangkan 10 ekor lembu. Dianggarkan jumlah tetamu yang bakal hadir adalah 7,000 orang," katanya dipetik Utusan Online.

Fizo dan Mawar telah bersetuju untuk mengadakan resepsi di ibu negara pada 25 Januari 2014 di sebuah hotel terkenal.

Tindakan Fizo yang memuatnaik baju bayi menerusi laman sosialnya membuatkan ramai mengagak yang mereka bakal mendapat cahaya mata.

"Saya tidak pasti sama ada isteri saya mengandung atau tidak, tetapi tujuan saya membeli baju bayi itu tempoh hari sekadar kenangan sahaja.

"Tidak salah juga kalau pembelian baju-baju bayi ini sebagai persedian kami berdua. Kami bukan beli sehelai dua, tetapi banyak sebab baju bayi comel," katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...