Thursday, 26 December 2013

Fiffy Natasya Kawaiii Sudah Bertunang Dengan Pilot MAS

Fiffy Natasya Kawaiii Sudah Bertunang Dengan Pilot MAS | Ramai yang masih ingat cerita Fiffy Natasya yang buka tudung disebabkan oleh desakan sebagai seorang pelakon. Kini, Fiffy Natasya telahpun selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu seorang juruterbang MAS bernama Muslim Azman.

Saya mula mengenali Muslim Azman yang bertugas sebagai juruterbang MAS sejak setahun yang lalu dan lantas mengambil keputusan untuk terus bertunang.

"InsyaAllah kami merancang untuk berkahwin dalam dua tahun lagi tetapi tengoklah keadaan juga. Jika okay dan semuanya sudah bersedia, semuanya akan dipercepatkan," ujar Fiffy Natasya.

"Kami juga mengundang lebih kurang 200 orang tetamu untuk majlis pertunangan ini. Apa pun, doakan yang terbaik buat saya dan Muslim dan semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin," katanya.

Tambah Fiffy Natasya lagi, mereka mula berkenalan apabila Muslim mula menyapanya di laman Twitter. Sejak itu, persahabatan mereka bertambah erat sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk bertunang.

Admin F4M mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...