Wednesday 4 December 2013

Fenomena Muzik

Ramai yang menggemari muzik yang sedap didengar. Semakin hari semakin banyak lagu2 yang dicipta untuk hiburan. Ramai juga mencari lirik lagu untuk mengasah bakat menyanyi di dalam bilik air.

Di pusat karoke pun sudah ramai yang datang semata2 untuk menyanyi. Soalan yang penting adalah kenapa orang suka muzik dan lagu ? Kenapa erkk...

Dulu Beatle lepas tu MJ, Bollywood, sekarang pula KPop tiba2 terkenal. Lagu2 yang meletup pada peringkat awal Kpop adalah lagu yang dinyanyikan Wonder Girl dan lagu Girl Generation. Sekarang muncul pula PSY dengan 2 single yang popular iaitu Gangnam Style dan Gentleman.

Semakin hari semakin pelik, sebab tak masuk diakal yang gangnam style boleh terkenal.. Selepas ni lagu jenis apa yang akan popular pulak? Mesti lagu yang lebih pelik daripada lagu terkini. Cuba bayangkan nenek tua tengok video klip Gangnam Style, apa yang dia akan fikir? Mesti dia kata lagu tu merapu...

Satu lagi soalan adalah, bila lagu kita nak meletup macam lagu Kpop? hehe Terima kasih membaca post yang santai ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...