Thursday, 26 December 2013

Erin Malek Janji Tak Nakal!

Erin Malek Janji Tak Nakal! | Suatu masa dulu, nama Erin Malek atau nama sebenarnya, Nur’Arina Abdul Malek, pernah menjadi perhatian ramai.

Dalam usia yang masih hijau, Erin Malek mampu menghayati apa sahaja watak yang diberikan kepadanya.

Namun, seiring pertambahan usianya, Erin tidak lagi menjadi perhatian kerana keberkesanan lakonannya, sebaliknya kisah kontroversi yang mula menjengah satu persatu.

Dek kerana ‘kelalaiannya’ itulah, kanvas putih yang dibawa Erin ke dalam industri seni, mula berubah warna sedikit demi sedikit, pendek kata, reda sahaja satu kontroversi, nama Erin kembali terpalit dengan kontroversi baharu.

Sehinggakan ada pihak sanggup melemparkan fitnah bahawa gadis yang baru menginjak ke usia 19 tahun ini mengambil benda terlarang pada usia muda.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, tiada lagi kedengaran kisah negatif Erin Malek.

“Bukan senang sebenarnya untuk buat orang suka pada kita. Tetapi sejujurnya, Erin tidak mahu ada cerita kontroversi yang mengiringi kerjaya Erin.

“Erin sudah letak segala cerita kontroversi ke tepi, dan mahu memberi tumpuan kepada karier Erin. Kalau boleh selepas ini jika orang bercerita tentang Erin, biarlah berkaitan kerja sahaja,” ujar Erin Malek penuh sopan.


Diolah dari sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...