Chef Wan Dimasukan Ke Hospital Akibat Bengkak Di Hidung | Gara-gara tidak boleh tidur selama tiga hari kerana kegatalan dan bengkak di bahagian hidung dan wajah,chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan terpaksa dimasukan hospital bagi menjalani rawatan lanjut.

Beliau kini sedang dirawat di Hospital Gleneagle Pulau Pinang sejak pagi tadi, di mana pihak doktor telah membuang kuman jangkitan dibahagian hidungnya sebelum merebak di bahagian mata dan juga otak yang boleh menyebabkan masalah kritikal.
Tambah Chef Wan, sekiranya jangkitan itu tidak menerima rawatan lanjut, besar kemungkinan dia akan mengalami demam dan bakteria akan berpindah ke bahagian otak dan boleh membawa maut.
Jelasnya lagi, menurut pihak doktor bakteria boleh merebak dengan cepat dan dia bernasib baik kerana dapat menjalani rawatan secepat yang mungkin.
Penulis mendoakan agar Chef Wan akan cepat sembuh dan dapat menjalani rutin harian seperti biasa tidak lama lagi.
sumber : murai.com.my
No comments:
Post a Comment