Wednesday, 25 December 2013

Black Dan Isteri Bakal Tunai Umrah, Mahu Doa Mendapat Anak

Black Dan Isteri Bakal Tunai Umrah, Mahu Doa Mendapat Anak | Black Hanifah dan isterinya Naquia Yasirah akan mengotakan janjinya untuk berbulan madu di Tanah Suci Mekah apabila bakal tunai umrah pada awal Januari 2014.


"Alhamdulillah bulan pada 1 Januari hingga 15 Januari tahun depan saya akan menunaikan umrah bersama isteri sebagai menunaikan niat dan hajat saya selepas berkahwin untuk bulan madu di sana.

"Perancangan awal selepas berkahwin tetapi saya sibuk dengan kerja dan baru sekarang dapat kosongkan jadual iaitu sepanjang bulan Januari nanti," kata Black.

Kini selepas menempuh beberapa bulan sebagai suami isteri, dia menantikan rezeki untuk mendapat cahaya mata.

"Insya-Allah kesempatan menunaikan umrah ini saya ingin berdoa agar dikurniakan anak.
"Saya dan isteri memang teringin untuk dapat anak, lebih-lebih lagi apabila melihat kawan-kawan yang baru kahwin sudah diberi rezeki tersebut," katanya.

Admin F4M amat suka mendengar niat-niat yang baik macam ni, semoga segala perancangan mereka berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...