Monday 30 December 2013

Amaran Hujan Lebat Di Sarawak

Amaran Hujan Lebat Di Sarawak | Jabatan Meteorologi Malaysia pada hari Isnin telah mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Sarawak. Hujan dijangka berterusan hingga Selasa.


Menurut kenyataan jabatan itu, hujan sejekap-sekejap kadangkala sederhana tersebut dijangka berlaku di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Mukah.

Selain itu, amaran hujan lebat peringkat kuning dikeluarkan bagi beberapa daerah di Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri yang dijangka berterusan hingga Selasa.

Menurut kenyataan itu keadaan tersebut akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah

sumber mstar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...