Monday, 23 December 2013

Akaun Bank Fedtri Yahya Telah Diceroboh


Akaun Bank Fedtri Yahya Telah Diceroboh | Akaun bank milik pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya telah diceroboh.Fedtri memaklumkan perkara tersebut melalui laman Twitter, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Sejurus mengetahui perkara tersebut, Fedtri telah membuat laporan polis.Fedtri juga sempat menasihatkan orang ramai agar sentiasa menyemak akaun bank masing-masing.

“Sentiasa semak akaun bank anda. Akaun saya telah diceroboh. Laporan polis telah dibuat. Tunggu siasatan,” tulisnya.

Melalui interaksi dengan pengikutnya di Twitter, Fedtri memberitahu kejadian tersebut melibatkan akaunnya di sebuah bank tempatan.

Fedtri mendakwa kemungkinan ada pihak yang menggunakan kad pendua ekoran banyak transaksi pengeluaran wang.

“Mungkin (ada) orang guna kad pendua. Ada banyak transaksi pengeluaran wang. Nasib cepat kesan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...