Bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam berkata:
"Tentang rumah itu, lebih baik tanya kepada dia sendirilah. Bagaimanapun, pada saya tidak salah kalau dia mahu ada aset sendiri, rumah dan kereta sendiri untuk masa depannya. Sebelum berkeluarga sendiri, dia sudah ada itu semua, jadi itu akan memberi manfaat kepada dirinya dan bakal isteri, serta anak-anak mereka kelak
Saya memang mengalakkan anak-anak supaya menyimpan, buat aset sedari muda. Ia bukan untuk saya dan isteri, tetapi untuk mereka sendiri kerana selepas ini, merekalah yang akan meneruskan kehidupan dengan keluarga masing-masing.
Saya dan isteri sudah tua, sampai masa kami akan pergi menghadap Illahi. Mereka akan tinggal dan meneruskan legasi kami. Saya harap selepas ini mereka akan meneruskan apa juga perkara baik yang pernah kami suami isteri lakukan"


No comments:
Post a Comment