Rita Rudaini berkata menerusi Harian Metro:
“Kalau pun mahu mencipta gosip untuk popular, jangan sampai mengaitkan maruah orang lain. Apa pandangan umum apabila membacanya. Saya ibu tunggal kepada dua anak”
“Sudahlah masyarakat mudah memberi tanggapan buruk kepada mereka yang bergelar janda”
“Hakikatnya, saya bertemu Nomad sewaktu mempromosi filem Balistik, tetapi apa yang berlaku seperti bergambar bersama dan merakam aksinya menyanyi adalah perkara biasa,”
“Sebelum ini belum ada rekod lagi saya digosip dengan mana-mana lelaki. Jangan sesekali cuba mencemarkan nama saya. Sebelum membuat sesuatu tindakan, ingat maruah orang lain. Kalau hendak popular, banyak lagi usaha boleh dibuat dan ini bukan caranya”
Adakah komen Rita Rudaini ini terselit pesanan pedas untuk Nomad?
Dalam laporan yang sama Nomad meminta maaf jika kenyataan beliau mengguris mana-mana pihak dan tidak berniat memalukan Rita Rudaini.

No comments:
Post a Comment