Dipetik dari mymetro, Nedim berkata:
"Saya tidak kisah sekiranya orang bercakap pasal saya. Saya biasa dengan perkara seperti itu, tetapi saya rasa tidak bagus sekiranya ia memberikan kesan buruk kepada Nora. Saya tidak boleh terima perkara seperti itu.”
Nedim turut menguatkan lagi kenyataannya dengan menjelaskan mereka berdua masih fokus pada kerjaya buat masa ini.
“Kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini.

No comments:
Post a Comment